iOS 17.0.3 Dijangka Selesaikan Isu Pemanasan Pada Siri iPhone 15 Pro

TechnologyDigital
4 Oct 2023 • 9:33 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Isu pemanasan melampau dilaporkan oleh pemilik awal iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max. Kami pada awalnya tidak mengalami isu ini tetapi dua hari kebelakangan ini menyedari 15 Pro Max yang sedang diulas memanas apabila sedang menggunakan Reddit. Ini tidak berlaku pada 14 Pro Max yang kami miliki. Menurut MacRumors, Apple sedang menyediakan kemas kini iOS 17.0.3 yang dijangka akan menyelesaikan isu ini.

image is not available

Tidak diketahui bilakah kemas kini ini akan diberikan. Apple mengatakan ini ialah isu perisian dan bukan perkakasan. Aplikasi seperti Instagram, Uber, Asphalt 9: Legends didapati menggunakan A17 Pro secara berlebihan sehingga meningkatkan suhu. Mereka sedang menghubungi pembangun untuk mengelakkan isu ini daripada berlaku.

Jadi kepada pemilik siri iPhone 15 Pro, isu pemanasan ini akan cuba diselesaikan dalam masa terdekat menerusi kemas kini perisian. Adakah anda mengalami isu ini? Jika ya apakah aplikasi yang paling bermasalah?