IPCC bukan pertikai keupayaan polis – Saifuddin Nasution

LocalPolitics
1 Nov 2026 • 1:37 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: IPCC bukan pertikai keupayaan polis – Saifuddin Nasution

RAUB – Penubuhan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) bukan bertujuan mempertikaikan keupayaan pasukan polis, sebaliknya menjadi mekanisme pemantauan bagi memastikan sebarang kelemahan atau salah laku dalam pelaksanaan tugas dapat diperbetulkan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kewujudan badan bebas seperti itu juga menjadi amalan di negara maju bagi memastikan aspek integriti, akauntabiliti dan tatakelakuan anggota penguat kuasa sentiasa diberi perhatian.

“Polis menjalankan tugas menjaga keselamatan, mencegah jenayah dan menguatkuasakan undang-undang, namun dalam melaksanakan tanggungjawab itu, kelemahan manusia tetap boleh berlaku.

“Jadi, IPCC berperanan memastikan perkara yang perlu diperbetulkan dapat diperbetulkan supaya pasukan polis menjadi lebih baik,” katanya ketika berucap pada Program Santuni Madani IPCC di Kampung Kela, di sini, hari ini.

IPCC merupakan sebuah badan berkanun Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022 yang diwartakan pada 18 Oktober 2022 dan berkuatkuasa mulai 1 Julai 2023.

Dalam pada itu beliau berkata, Malaysia komited untuk melonjak ke kelompok sembilan negara paling aman di dunia berbanding kedudukan ke-12 ketika ini menerusi usaha berterusan memperkukuh keselamatan negara dan integriti pasukan polis. – KOSMO! ONLINE

The post IPCC bukan pertikai keupayaan polis – Saifuddin Nasution appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved