iPhone Lipat Akan Menggunakan Antaramuka iPad Pada Skrin Utama

TechnologyDigital
12 Mar 2026 • 9:09 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

iPhone dengan skrin lipat pertama Apple dijangka dilancarkan tahun depan sempena ulang tahun ke-20 pelancarannya. Terdapat banyak ura-ura mengenai peranti ini didengari sejak lima tahun lalu. Pagi ini Bloomberg melaporkan peranti yang mungkin menggunakan nama iPhone Ultra akan menggunakan antaramuka iPad pada skrin besar.

image is not available

Rekaan iPhone Ultra dipercayai mirip Pixel 10 Pro Fold dengan satu skrin kecil di luar dan satu skrin besar di bahagian dalam dengan nisbah 4:3. Dalam keadaan terbuka, skrin ini saiznya sama dengan sebuah iPad Mini. Oleh itu penggunaan antaramuka iPadOS adalah keputusan yang baik kerana peranti kini lebih menyamai sebuah tablet.

Sistem yang sama sudahpun digunakan oleh Oppo, Honor dan Huawei pada peranti skrin lipat mereka yang meminjam antaramuka iPadOS secara terbuka. Dalam laporan yang sama, iPhone Ultra turut dijangka menggunakan Touch ID dan bukannya Face ID. Sejauh manakah kebenaran laporan ini hanya akan diketahui apabila ia dilancarkan kelak.