IPT bacaan IPU lebih 201 diberi autonomi tentukan mod PdP 

LocalEnvironment
7 Oct 2026 • 2:31 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: IPT bacaan IPU lebih 201 diberi autonomi tentukan mod PdP 

PETALING JAYA: Pengurusan institut pengajian tinggi (IPT) di kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 201 diberi autonomi untuk menentukan mod Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang bersesuaian.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkata, langkah tersebut bertujuan mengurangkan risiko kesihatan berikutan fenomena jerebu selain memastikan sesi pembelajaran mahasiswa dapat diteruskan tanpa gangguan.

Menurut KPT, selain mod PdP, sebarang aktiviti luar bangunan di IPT turut perlu dinilai dan disesuaikan mengikut perkembangan bacaan IPU semasa di kawasan masing-masing.

“Warga IPT diingatkan supaya sentiasa merujuk maklumat rasmi daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta mematuhi panduan pengurusan IPT masing-masing dari semasa ke semasa.

“KPT akan terus memantau keadaan dan menyesuaikan pendekatan pengoperasian IPT demi menjaga kesihatan, kesejahteraan dan kebajikan seluruh warga IPT,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebanyak 35 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 10 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan Batu Pahat di Johor dan Johan Setia di Selangor mencatatkan bacaan IPU tertinggi pada 190.

Tambah KPT, pihaknya turut  memantau rapat perkembangan kualiti udara dan telah mengarahkan semua IPT di bawah seliaannya  memantau bacaan IPU di lokaliti masing-masing.-UTUSAN

The post IPT bacaan IPU lebih 201 diberi autonomi tentukan mod PdP  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved