IPT di kawasan IPU lebih 201 ada autonomi tentu mod PdP

LocalEnvironment
7 Oct 2026 • 2:23 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: IPT di kawasan IPU lebih 201 ada autonomi tentu mod PdP

PUTRAJAYA – Institusi pengajian tinggi (IPT) di kawasan yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 201 diberi autonomi menentukan mod Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang bersesuaian susulan keadaan kualiti udara semasa.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkata, pihaknya terus memantau rapat perkembangan kualiti udara dan telah mengarahkan semua IPT bawah seliaannya supaya memantau bacaan IPU di lokaliti masing-masing.

“Dalam hubungan ini, pengurusan IPT di kawasan yang mencatatkan IPU melebihi 201 diberi autonomi menentukan mod PdP bersesuaian bagi mengurangkan risiko kesihatan dan memastikan pembelajaran mahasiswa diteruskan.

“Aktiviti luar turut perlu dinilai dan disesuaikan berdasarkan bacaan IPU semasa.

“Warga IPT diingatkan supaya merujuk maklumat rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta mematuhi panduan pengurusan IPT masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

KPT akan terus memantau keadaan dan menyesuaikan pendekatan pengoperasian IPT demi kesihatan, kesejahteraan dan kebajikan seluruh warganya. – KOSMO! ONLINE

The post IPT di kawasan IPU lebih 201 ada autonomi tentu mod PdP appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved