IPU 391, Serian catat tahap berbahaya

LocalEnvironment
3 Sep 2026 • 6:04 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: IPU 391, Serian catat tahap berbahaya

PETALING JAYA – Kualiti udara di beberapa kawasan di Malaysia semakin merosot apabila satu kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap berbahaya setakat pukul 5 petang hari ini.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataan memaklumkan kawasan berkenaan ialah IPD Serian, Sarawak dengan bacaan IPU 391.

Empat lagi kawasan di Sarawak pula mencatatkan kualiti udara pada tahap sangat tidak sihat iaitu Kuching (285), Sri Aman (275), Samarahan (274) dan Sarikei (206).

Sementara itu, 14 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat, termasuk Sibu (180), Mukah (172), Bintulu (166), Samalaju (164), Kapit (157), Kota Kinabalu (156), Politeknik Kota Kinabalu (156), Labuan (157), Kimanis (155), Keningau (154), ILP Miri (153), Limbang (151), Miri (106) dan Johan Setia, Negeri Sembilan (127).

Menurut JAS, kemerosotan kualiti udara itu khususnya di Sarawak, Sabah dan Labuan dipengaruhi pergerakan asap jerebu dari pelbagai arah.

“Berdasarkan laporan ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) pada 2 September lalu, sebanyak 795 titik panas dikesan di Kalimantan, 144 di Sumatera dan tiga titik panas di dalam negara, kesemuanya di Sarawak.

“Peta Jerebu Serantau ASMC turut menunjukkan keadaan cuaca kering berlaku di kebanyakan kawasan rantau ASEAN selatan, manakala titik panas bertaburan hingga meluas dikesan di Kalimantan dan Sumatera.

“Kepulan asap rentas sempadan sederhana hingga tebal turut diperhatikan meliputi bahagian utara Borneo serta beberapa kawasan di Filipina,” jelas kenyataan tersebut.

JAS memaklumkan, banyak stesen pemantauan kualiti udara di Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah, bahagian tengah serta selatan Sumatera, Sabah dan Sarawak merekodkan bacaan antara tahap tidak sihat hingga berbahaya.

Susulan peningkatan aktiviti titik panas serta keadaan jerebu yang semakin meluas di rantau Selatan ASEAN, Sekretariat ASEAN telah mengaktifkan Tahap Amaran 3 bagi Rantau Selatan ASEAN berkuat kuasa sejak 27 Ogos lalu selaras dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) Majer ASEAN.- KOSMO! ONLINE.

The post IPU 391, Serian catat tahap berbahaya appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved