
KUALA LUMPUR – Dua kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap berbahaya setakat 4 petang ini, dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian mencatatkan bacaan tertinggi, iaitu 325.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), satu lagi kawasan yang merekodkan bacaan IPU tahap berbahaya ialah Kuching (309).
Sementara itu, lima kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat, iaitu Samarahan (287), Sarikei (256), Sibu (248), Sri Aman (247) dan Mukah (205).
Sebanyak 16 stesen pula merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat dengan Bintulu, Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi, iaitu 192, diikuti Kapit, Sarawak (190), Politeknik Kota Kinabalu, Sabah (178), Keningau, Sabah (175) dan Kota Kinabalu, Sabah (173).
Turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Labuan (173), Samalaju, Sarawak (172), Kimanis, Sabah (171), ILP Miri, Sarawak (170), Limbang, Sarawak (169), Miri, Sarawak (166), Johan Setia, Selangor (159), Putrajaya (151), Nilai, Negeri Sembilan (151), Sandakan, Sabah (136) dan Seremban, Negeri Sembilan (109).
Sementara itu, sebanyak 45 stesen merekodkan bacaan pada tahap sederhana manakala tiada stesen mencatatkan bacaan pada tahap baik.
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.- Bernama
The post Serian belum bebas cengkaman jerebu appeared first on Kosmo Digital.





