Lebih seminggu udara Serian tahap bahaya

LocalEnvironment
3 Sep 2026 • 11:04 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lebih seminggu udara Serian tahap bahaya

KUALA LUMPUR – Stesen pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian, Sarawak merekodkan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap bahaya dengan bacaan 345 setakat 9.30 pagi ini sekali gus kawasan tersebut sudah lebih seminggu berada dalam kategori sama.

Semakan menerusi laman sesawang Sistem Indeks Pencemar Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut mendapati, empat lagi kawasan di negeri itu mencatatkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat.

Empat kawasan itu ialah Sri Aman dengan bacaan IPU (294), Kuching (273), Samarahan (255) dan Sarikei (223).

Sebanyak 15 lokasi iaitu lapan di Sarawak, lima (Sabah) dan masing-masing satu di Labuan dan Negeri Sembilan pula merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat.

Di Sarawak, lapan lokasi merekodkan bacaan IPU tidak sihat ialah Sibu (188), Bintulu (175), Kapit (174), Mukah (171), Samalaju (167), Limbang (155), ILP Miri (153) dan Miri (125).

Di Sabah, bacaan IPU tidak sihat direkodkan di Politeknik Kota Kinabalu (165), diikuti Kimanis (164), Keningau (164) dan Kota Kinabalu (163), manakala Labuan (160) dan Nilai, Negeri Sembilan (110).

Sementara itu, 45 kawasan di seluruh negara dilaporkan berada pada tahap sederhana, manakala tiga kawasan mencatatkan bacaan baik. – BERNAMA

The post Lebih seminggu udara Serian tahap bahaya appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved