IPU enam kawasan Selangor kekal sederhana setakat 3 petang

LocalEnvironment
10 Sep 2026 • 3:28 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

IPU enam kawasan Selangor kekal sederhana setakat 3 petang

SHAH ALAM, 10 SEPT: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di enam kawasan Selangor kekal pada tahap sederhana dengan penurunan bacaan direkodkan setakat 3 petang berbanding 8 pagi tadi.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Kuala Selangor mencatatkan bacaan IPU 68, Petaling Jaya (71), Shah Alam (74), Klang (67), Banting (72) dan Johan Setia (88).

Sementara itu, beberapa kawasan di negeri lain masih mencatatkan bacaan IPU tidak sihat, antaranya Kuala Lumpur, Johor dan Sarawak, namun jumlah kawasan terjejas menunjukkan penurunan.

Di Kuala Lumpur, hanya Batu Muda masih berada pada tahap tidak sihat dengan bacaan 167, manakala Johor merekodkan dua kawasan pada tahap berkenaan iaitu Larkin (118) dan Pasir Gudang (108).

Di Sarawak pula, lima kawasan masih mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Samalaju (166), Mukah (154), Sibu (156), Sarikei (185) dan Sri Aman (157).

Mengikut kategori IPU, bacaan 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan berbahaya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved