IPU Serian pada tahap bahaya

LocalEnvironment
30 Aug 2026 • 10:36 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: IPU Serian pada tahap bahaya

KUCHING – Kawasan Serian mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tahap bahaya setakat 8 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU di stesen pemantauan Ibu Pejabat Polis Daerah Serian mencecah 364.

Selain itu, tiga kawasan di Sarawak merekodkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat iaitu Samarahan (300), Kuching (291) dan Sri Aman (214).

Kawasan merekodkan bacaan IPU tidak sihat pula antaranya ialah Sarikei (195), Sibu (187), Bintulu (179), Samalaju (171), Mukah (170), Kapit (159), Miri (155) dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (151).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala IPU melebihi 300 dikategorikan sebagai bahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Sementara itu, lima kawasan di Semenanjung turut mencatatkan IPU pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini, melibatkan Kuala Lumpur, Selangor dan Perak.

Menurut portal APIMS, Batu Muda di Kuala Lumpur dan Johan Setia di Selangor masing-masing mencatatkan bacaan IPU 153, diikuti Tanjung Malim (121) dan Taiping (113) di Perak serta Cheras, Kuala Lumpur (105).

Semalam, Bernama melaporkan Kementerian Kesihatan memaklumkan kes asma di fasiliti sentinel meningkat lebih lapan kali ganda kepada 1,811 kes bagi Minggu Epidemiologi ke-34, berbanding 219 kes pada minggu sebelumnya.

Kes konjunktivitis turut meningkat daripada 146 kepada 720 kes, manakala tiada kematian berkaitan komplikasi jerebu dilaporkan.

KKM menasihatkan orang ramai, terutama kanak-kanak, warga emas dan pesakit paru-paru kronik, supaya mengehadkan aktiviti fizikal di luar bangunan, serta memakai pelitup muka seperti N95 jika perlu berada di kawasan terbuka. – Kosmo! Online

The post IPU Serian pada tahap bahaya appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved