
Kemaskini terkini mendedahkan bahawa iQOO 15 akan dilancarkan di Malaysia pada 9 Disember 2025. Ini bermakna dalam tempoh kira-kira dua minggu lagi, pengguna bakal disajikan dengan telefon mercu baharu. iQOO turut menggunakan slogan ‘Performance Beyond Next’ bagi menekankan fokus utama peranti ini terhadap prestasi.

Peranti direka khusus untuk memenuhi keperluan pengguna tegar dan peminat permua. Ia hadir dengan cip generasi baharu Snapdragon 8 Elite Gen 5 digabungkan bersama pemproses grafik khusus Supercomputing Chip Q3 serta paparan 2K Samsung untuk pengalaman paparan lebih mantap.
Dari segi reka bentuk, peranti menampilkan kemasan unik dengan panel belakang bertema api bersama warna kelabu. Sementara itu, bonggol kamera berbentuk empat segi turut dilengkapi lampu LED RGB yang boleh digunakan untuk pelbagai ciri dan fungsi tambahan.
Nantikan kemunculannya di Malaysia untuk mengetahui penawaran penuh peranti ini termasuk harga jualan rasminya.



