IQOO Z7 5G Supernova Orange Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM1,499

TechnologyDigital
23 Aug 2023 • 1:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

IQOO Z7 telah dilancarkan di Malaysia pada April lalu sebagai sebuah peranti kelas pertengahan yang dilengkapi rangkaian 5G terbina. Dalam usaha untuk menyediakan lebih pilihan buat pengguna di Malaysia, peranti tersebut kini diberi kemaskini warna baharu Supernova Orange, yang sering dikaitkan dengan gaya lebih santai dan ceria.

image is not available

Anda yang berminat boleh mendapatkannya dengan harga RM1,499 menerusi pengedar sah IQOO Malaysia bermula 2 September 2023. Seterusnya tiada perubahan dibuat untuk perkakasan dalaman yang bermakna ianya masih sama seperti variasi sedia ada. Di mana peranti ini menggunakan skrin IPS LCD 120Hz, cip Snapdragon 782G, kamera utama 64MP + 2MP, kamera swafoto 16MP dan bateri 5000mAh.