Iran anggap negara sertai ‘perang ekonomi’ AS sebagai musuh

WorldPolitics
23 Aug 2026 • 8:01 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Iran anggap negara sertai ‘perang ekonomi’ AS sebagai musuh

TEHERAN: Iran memberi amaran kepada negara yang menyertai ‘perang ekonomi’ Amerika Syarikat (AS) terhadap republik Islam itu akan dianggap sebagai musuh, ketika Washington berusaha memperluas tekanan bagi mengasingkan ekonomi Teheran.

Ketua Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran, Mohsen Rezai, berkata mana-mana negara yang mengenakan sekatan ekonomi terhadap Iran akan berdepan tindakan balas.

“Kami menyeru semua negara… jangan menyertai perang ekonomi yang dilancarkan Amerika Syarikat,” katanya menerusi televisyen kerajaan, semalam.

Rezai berkata, negara yang enggan menjauhkan diri daripada AS berhubung kempen berkenaan akan berdepan tindakan yang boleh menjejaskan kepentingan mereka.

Beliau turut memberi amaran Iran masih mempunyai ‘kad’ untuk dimainkan dalam konflik itu, termasuk menyasarkan kepentingan ekonomi AS sekiranya Washington meneruskan sekatan.

“Setakat ini, kami hanya menyasarkan pangkalan tentera, tetapi jika mereka mahu mengenakan sekatan ekonomi terhadap kami, Amerika Syarikat mempunyai syarikat minyak dan ekonomi di sekitar Iran serta di tempat lain, dan kami akan menyerang mereka,” katanya.

Rezai turut memberi amaran sebarang tindakan baharu Trump akan mencetuskan konfrontasi ‘seperti gempa bumi’.

Sementara itu, Washington terus menggesa negara lain menyertai usaha mengasingkan ekonomi Iran, termasuk China yang merupakan antara rakan strategik utama Teheran.

Bagaimanapun, Beijing mengkritik usaha itu dengan menegaskan sekatan AS tidak akan menyelesaikan konflik di Asia Barat.

Dalam perkembangan berkaitan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), antara rakan dagang utama Iran, mengumumkan penggantungan semua urusan perdagangan dan transaksi kewangan dengan Teheran sehingga diberitahu kelak.- AFP

The post Iran anggap negara sertai ‘perang ekonomi’ AS sebagai musuh appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved