Sekatan ekonomi AS umpama pengisytiharan perang – Iran

WorldPolitics
23 Aug 2026 • 7:30 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sekatan ekonomi AS umpama pengisytiharan perang – Iran

TEHERAN: Pengumuman sekatan baharu ekonomi Amerika Syarikat (AS) pada Rabu ke atas Iran mendapat reaksi dari Teheran yang menganggapnya sebagai pengisytiharan perang terhadap setiap negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kementerian Luar Iran itu dibuat pada Sabtu sekali gus meningkatkan perang kata-kata hanya beberapa hari selepas Presiden AS, Donald Trump berikrar melancarkan operasi ekonomi paling menghancurkan pernah dikenakan terhadap mana-mana negara.

Kecaman keras itu dibuat oleh dua pegawai kanan Iran dalam tempoh 48 jam, menunjukkan tentangan yang disela­raskan terhadap apa yang disifatkan Teheran sebagai cubaan menyalahi undang-undang oleh AS untuk meluaskan kuasanya melangkaui sempadan negara tersebut.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmail Baghaei berkata, sekatan baharu itu jauh me­langkaui pertikaian ekonomi dua hala.

“Pengumuman sekatan baharu ini merupakan cubaan Amerika untuk melaksanakan kedaulatan luar wilayah terhadap semua negara anggota PBB yang merdeka,” kata Baghaei di platform media sosial X.

Beliau berkata, langkah tersebut jauh melampaui perang ekonomi yang berterusan dan menyalahi undang-undang terhadap sebuah negara, sebaliknya merupakan cubaan untuk menegakkan kedaulatan luar wilayah terhadap setiap negara anggota PBB yang merdeka,” tambahnya.

Baghaei berkata, tiada kerajaan berhak memaksa bank, syarikat atau lapangan terbang asing yang beroperasi di bawah bidang kuasa berdaulat mereka sendiri untuk menghentikan perdagangan yang sah dengan negara ketiga.

Beliau berhujah bahawa se­katan sekunder itu tidak mempunyai asas dalam undang-undang antarabangsa dan ber­kata, ia melanggar prinsip ke­samarataan berdaulat di ba­wah Perkara 2, Perenggan 1 Piagam PBB.

Beliau turut memetik lara­ngan yang diiktiraf dalam undang-undang antarabangsa terhadap campur tangan dalam urusan negara lain, yang menurutnya telah ditegaskan­ oleh Mahkamah Keadilan An­tarabang­sa (ICJ) dalam kes Nicaragua.

Baghaei mengaitkan sekatan tersebut dengan sekatan laut oleh tentera AS dan berkata, gabungan kedua-dua langkah itu menjadikan kedaulatan negara lain seolah-olah sementara, bersyarat dan boleh ditarik balik mengikut kehendak kuasa lain.

Beliau memberi amaran bahawa tunduk kepada tekanan tersebut tidak akan memberikan mana-mana negara kekebalan, sebaliknya hanya mengesahkan kawalan asing terhadap operasi perbankan, perniagaan dan lapangan terbang yang sah di negara lain.

Jika dibiarkan tanpa tindakan, kata Baghaei, dasar itu akan membawa kepada hakisan keseluruhan kedaulatan negara sebagai prinsip asas sistem antarabangsa berteraskan PBB dan menandakan kembalinya penjajahan secara terang-terangan dan berskala penuh yang membawa bencana.

Sebelum ini, AS melaksanakan sekatan ke pelabuhan-pelabuhan Iran bermula pada 13 April tetapi sempat ditarik balik pada Jun 2026. AS menyambung semula sekatan tersebut bermula pada 14 Julai 2026

Sementara itu, Trump masih be­lum mencapai matlamat se­­perti ditetapkannya pada awal perang yang dimulakannya­ bersama Israel pada 28 Feb­ruari, termasuk melumpuhkan program nuklear Iran tetapi statusnya masih tidak dapat dipastikan memandangkan pemeriksa PBB telah dinafikan akses ke Iran sejak 2025.

Serangan AS dan Israel terhadap Iran telah mengorbankan ribuan orang, termasuk 168 kanak-kanak sekolah Iran pada hari pertama perang. AS melaporkan lebih 750 anggota tenteranya cedera, manakala 18 orang terbunuh.

The post Sekatan ekonomi AS umpama pengisytiharan perang – Iran appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved