Saya hadir majlis angkat sumpah MB tadi – Datuk Asna

LocalPolitics
2 Aug 2026 • 6:58 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Saya hadir majlis angkat sumpah MB tadi – Datuk Asna

SEREMBAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin menafikan dakwaan beliau tidak menghadiri Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah hari ini.

Bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan itu berkata, beliau hadir pada majlis berkenaan yang menyaksikan Datuk Ismail Lasim mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu dan berharap laporan yang mendakwa dirinya tidak hadir dapat diperbetulkan.

“Saya hadir majlis angkat sumpah Menteri Besar tadi (pagi). Kerusi banyak kosong kerana tiada jemputan pasangan,” katanya dalam perkongsian di media sosialnya hari ini.- KOSMO! ONLINE

 

The post Saya hadir majlis angkat sumpah MB tadi – Datuk Asna appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved