Irene Sofiya maut dibunuh: 'Harap keadilan ditegakkan untuk anak saya' - Bapa

4 Oct 2026 • 10:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Irene Sofiya maut dibunuh: 'Harap keadilan ditegakkan untuk anak saya' - Bapa
Mohd Khairool menyiram air di pusara Irene Sofiya (gambar kecil) di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Arshad, Yong Peng.
Image from: Irene Sofiya maut dibunuh: 'Harap keadilan ditegakkan untuk anak saya' - Bapa
Mohd Khairool

BATU PAHAT – Bapa kepada pelajar Tingkatan Empat yang maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, di sini, berharap keadilan dapat ditegakkan buat arwah anaknya.

Mohd Khairool Faisal Khyar, 42, berkata, keluarga menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada polis dan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan buat arwah anaknya, Irene Sofiya, 16.

“Kami berterima kasih kepada semua yang datang dan kami harap keadilan dapat ditegakkan untuk arwah anak saya," ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas pengebumian anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Arshad, Yong di sini, pada Ahad.

**media[3667658]**

Dalam pada itu, Mohd Khairool Faisal berkata, dia hanya mengetahui kejadian yang menimpa Irene Sofiya atau lebih mesra dipanggil Fiya, kira-kira jam 6 petang Sabtu.

Ujar beliau, kakak sulungnya, Siti Nur Faeza Khyar, 45, menghubunginya dan memaklumkan Fiya ditemukan dalam keadaan parah sebelum disahkan meninggal dunia.

“Ketika itu saya sedang bekerja di Bangi sebelum bergegas pulang ke kampung untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Kali terakhir saya berjumpa dengan Fiya ialah dua minggu lalu dan dia tidak menunjukkan sebarang perubahan. Malah, Fiya kelihatan ceria dan seronok belajar,” katanya.

Mohd Khairool Faisal turut menggesa orang ramai tidak menyebarkan spekulasi tidak tepat berhubung kejadian menimpa anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuh

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved