Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan

4 Oct 2026 • 8:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan
Nenek kepada Allahyarham Irene Sofiya menyiram bunga mawar di atas pusara cucunya.
Image from: Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan
Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Arshad di Yong peng jam 7.50 malam pada Ahad.

BATU PAHAT– Jenazah pelajar perempuan Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal yang maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Arshad di sini kira-kira jam 7.50 malam pada Ahad. 

Sebelum itu, jenazah Allahyarham tiba di rumah neneknya di Kampung Parit Selamat, Yong Peng, kira-kira jam 6.35 petang.

Lebih 100 orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara, jiran, penduduk kampung serta rakan mangsa hadir di perkarangan rumah berkenaan bagi memberi penghormatan terakhir.

Solat jenazah turut diadakan sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan.

**media[3667499]**

Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, ditemukan tidak bernyawa di kawasan dewan sebuah sekolah di Yong Peng kira-kira jam 5.30 petang, Sabtu.

Mangsa dipercayai hadir ke sekolah untuk mengikuti kelas tambahan sebelum ditemukan dalam keadaan berlumuran darah oleh neneknya, Jameyah Rabani, 66, bersama rakan mangsa selepas menyedari Irene tidak pulang ke rumah.

Polis menahan tiga pelajar lelaki berusia 16 tahun dari sekolah sama beberapa jam selepas kejadian bagi membantu siasatan. Seorang daripada mereka kemudian direman selama enam hari bermula pada Ahad bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Irene Sofiya dikenali sebagai pelajar cemerlang dan aktif dalam aktiviti sekolah selain menjadi antara calon yang diharapkan memperoleh keputusan 9A dalam SPM tahun depan.

Allahyarham juga menyimpan cita-cita untuk menjadi doktor pakar kesihatan awam, mengikut jejak langkah arwah ibunya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved