Irene Sofiya: Remaja Lelaki 16 Tahun Disambung Reman Enam Hari

9 Oct 2026 • 10:52 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Irene Sofiya: Remaja Lelaki 16 Tahun Disambung Reman Enam Hari

BATU PAHAT, 9 Okt (Bernama) -- Reman terhadap remaja lelaki berusia 16 tahun yang disyaki terlibat dalam kes bunuh seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Yong Peng, di sini disambung enam hari lagi bermula esok.

Perintah tahanan reman hingga 15 Okt itu dikeluarkan Majistret Aimi Nawwar Mohamad Othman di Mahkamah Majistret di sini pagi ini.

Sebelum ini, remaja terbabit direman enam hari bermula 4 Okt lepas bagi membantu siasatan berhubung kematian Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16.

Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan empat dan rakan sekelas suspek ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di sebuah dewan sekolah di Yong Peng kira-kira 5.50 petang pada 3 Okt lepas.

Baca juga:

Irene Sofiya kemudiannya disahkan meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini untuk proses bedah siasat.

Polis sebelum ini memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Arshad pada Ahad lepas selepas selesai proses bedah siasat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved