Rasa Selesa & Suka Gaya ‘Piercing’ Hidung, Sharifah Aleya Tak Kisah Dikecam – “Ia Hanya Tindik, Suami Saya Suka”

EntertainmentLifestyle
26 May 2025 • 1:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, video memaparkan pengacara serta pelakon, Sharifah Aleya ditemubual dalam channel YouTube Mingguan Wanita telah menarik perhatian ramai.

Imej wanita muslim tindik hidung

Dalam sesi temubual tersebut, Sharifah Aleya ditanya soal mengenai sebagai seorang wanita muslim yang memilih untuk bergaya dengan menindik hidung.

Pelakon tersebut mengakui bahawa dirinya sama sekali tidak kisah dikecam ramai dek imej sedemikian dan kekal tenang melayan komen-komen negatif warganet.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharifah Aleya (@sharifahaleya)

Tegas Aleya, tindakan menindik hidung itu adalah keputusannya sendiri tanpa menjejaskan mana-mana pihak dan dia juga menyukai gaya sedemikian.

Suami dan keluarga support, suka imej tindik hidung

Ditanya soal reaksi keluarga, selebriti terbabit mengatakan suami serta ahli keluarga yang lain tidak mempersoalkan keputusannya menindik hidung, malah suami menyukai dan ibunya kadang kala memuji subang dihidungnya.

Ia hanya tindik hidung. Saya buat kerana saya mahu, bukan kerana sebab tertentu.

Dalam pada masa yang sama, Aleya juga mendedahkan dia pernah terfikir untuk menindik di bahagian kening serta lidah tetapi hasrat tersebut dilupakan selepas mempertimbangkan risiko yang akan ditanggung.

image is not available 4 months ago

Tersangkut 'Piercing' Hidung Pada Kerusi, Wanita Ini Terpaksa Diusung Ke Balai Bomba Untuk Diselamatkan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved