Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Datuk Ismail Lasim sebentar tadi (2 Ogos) selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan ke-12.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti sekitar jam 11.40 pagi.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berusia 67 itu memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 yang berlangsung semalam, 1 Ogos.
Keputusan PRN Negeri Sembilan itu menyaksikan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berjaya memperoleh 25 kerusi DUN sekaligus berjaya membentuk kerajaan negeri BN-PN dengan majoriti dua pertiga.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: [Rasmi] PRN N9: BN-PN Menang Dua Pertiga Kerusi DUN, Bakal Bentuk Kerajaan Negeri
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Senarai Penuh Keputusan PRN Negeri Sembilan 2026
Latar belakang ringkas Ismail Lasim

Sebagai info Ismail Lasim lahir pada 15 April 1959.
Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) Universiti Malaya (UM).
Beliau memulakan kerjaya sebagai peguam sebelum menyertai politik.
Memetik BH, beliau ketika ini turut memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan sejak 2023.






