
KUALA PILAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh, Datuk Ismail Lasim, 67, dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu.
Beliau mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti di sini hari ini.
Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan semalam, Ismail menang di kerusi Juasseh dengan majoriti 4,091 undi.
Barisan Nasional (BN) yang memenangi 18 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) yang menang di tujuh lagi kerusi bersama membentuk kerajaan negeri dengan 25 kerusi iaitu majoriti dua pertiga. – UTUSAN
The post Ismail Lasim dilantik Menteri Besar Negeri Sembilan appeared first on Utusan Malaysia.






