Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa Isnin, 16 November 2026.
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang memaklumkan bahawa Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menerima salinan surat peletakan jawatan berkenaan.
Surat tersebut telah diutuskan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Menteri Besar Negeri Sembilan Letak Jawatan
Menurut Zambry, Ahmad Zahid akan mengemukakan cadangan calon Menteri Besar baharu untuk dipersembahkan kepada Tuanku Muhriz selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.
Dipetik daripada Malaysiakini, Zambry berkata:
“Pengerusi Barisan Nasional akan mengemukakan cadangan calon Menteri Besar yang baharu untuk dipersembahkan ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.”
Dalam masa sama, BN berharap keputusan peletakan jawatan tersebut dapat membuka lembaran baharu bagi memulihkan kestabilan politik dan memastikan pentadbiran Negeri Sembilan kembali berjalan lancar.
BN Hormati Keputusan Ismail Lasim
Mengulas lanjut, Zambry menegaskan bahawa BN akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan proses peralihan kepimpinan negeri berlangsung secara teratur.
Jelasnya, proses berkenaan perlu mengambil kira kedudukan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
BN turut menghormati keputusan Ismail untuk melepaskan jawatannya dan merakamkan penghargaan atas segala khidmat bakti beliau sepanjang menerajui pentadbiran negeri tersebut.
Peletakan jawatan itu sekali gus membuka ruang kepada pelantikan Menteri Besar baharu bagi meneruskan pentadbiran Negeri Sembilan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

“Kami Mohon Maaf, Bukan Salah Kami” – Prabowo Minta Maaf Kepada Malaysia, Singapura Susulan Jerebu Rentas Sempadan
The post Ismail Lasim Letak Jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan, BN Bakal Kemuka Calon Pengganti first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






