PETALING JAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selamat menjalani prosedur implantasi perentak jantung tanpa wayar bagi merawat masalah rentak jantung tidak normal, petang tadi
Institut Jantung Negara (IJN) dalam kenyataan memaklumkan, bekas Perdana Menteri itu dinasihatkan supaya berehat selepas menjalani prosedur berkenaan.
Katanya, lawatan juga akan dihadkan kepada ahli keluarga terdekat bagi membantu proses pemulihan beliau selain memastikan privasinya terpelihara.
“IJN dengan hormat memohon pihak media dan orang ramai supaya menghormati privasi Datuk Seri Ismail Sabri serta keluarganya sepanjang tempoh ini,” katanya .
Menurut IJN, sebarang perkembangan lanjut, jika bersesuaian, akan dimaklumkan melalui saluran yang dibenarkan. – UTUSAN
The post Ismail Sabri selamat jalani prosedur jantung appeared first on Utusan Malaysia.




