Ismail Sabri selamat jalani prosedur pasang alat perentak jantung

LocalHealth & Fitness
7 Aug 2026 • 8:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ismail Sabri selamat jalani prosedur pasang alat perentak jantung
Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selamat menjalani prosedur pemasangan perentak jantung tanpa wayar atau 'leadless pacemaker' pada Jumaat.

Institut Jantung Negara (IJN) berkata, bekas Perdana Menteri itu dinasihatkan supaya berehat selepas prosedur tersebut.

Menurut IJN, lawatan terhadap Ismail Sabri ketika ini hanya dihadkan kepada ahli keluarga terdekat bagi menyokong proses pemulihan beliau di samping memastikan privasinya terjaga.

"IJN dengan hormatnya memohon agar semua pihak menghormati privasi beliau serta ahli keluarganya sepanjang tempoh ini.

"Sebarang perkembangan lanjut, jika bersesuaian akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi," katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, peguam Ismail Sabri, Datuk Amer Hamzah Arshad memaklumkan doktor mengesahkan anak guamnya mengalami ‘possible arrhythmia’ yang memerlukan siasatan lanjut.

Beliau berkata demikian ketika memohon penangguhan prosiding di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat di hadapan Hakim, Suzana Hussin.

Menurut Amer, Ismail Sabri dijadual menjalani prosedur pemasangan alat perentak jantung pada jam 2 petang dan dijangka menerima rawatan di wad selama beberapa hari.

Beliau turut memohon supaya 27 Ogos ditetapkan sebagai tarikh baharu bagi prosiding kes berkaitan pengisytiharan harta di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved