Ismail sah rundingan krisis adat di peringkat UMNO selesai

LocalPolitics
12 Nov 2026 • 5:40 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ismail sah rundingan krisis adat di peringkat UMNO selesai

TAMPIN: Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim mengesahkan perbincangan berhubung krisis adat dan pentadbiran di Negeri Sembilan di peringkat UMNO sudah selesai seperti dinyatakan Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Ismail, beliau melihat perkembangan tersebut sebagai petanda positif terhadap usaha menyelesaikan kemelut yang sedang berlaku di negeri ini.

Bagaimanapun, Ismail enggan mengulas lanjut mengenai rundingan berkenaan.

“Saya rasa di peringkat UMNO sudah selesailah seperti kata Presiden tu.

“Perbincangan dan kita ke arah yang positiflah tentang semua perkara di Negeri Sembilan ini (adat dan sidang Dewan Undanan Negeri (DUN),” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Hari Peracangan Bandar Sedunia (HPBS) Peringkat Negeri Sembilan di Kompleks Arena, Dataran Tampin, di sini, hari ini.

Ismail berkata, beliau sedang berusaha mencari jalan penyelesaian demi kepentingan rakyat.

“Kami sedang dan dalam berusaha menyelesaikan isu untuk rakyat di Negeri Sembilan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan persidangan DUN masih menunggu perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

“Masih menunggu perkenan Tuankulah,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid dilaporkan berkata kemelut pentadbiran yang melanda Negeri Sembilan akan diselesaikan dalam masa terdekat menerusi rundingan dan kerjasama antara kepemimpinan utama UMNO dengan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, usaha mencari penyelesaian sedang dilaksanakan dengan mengutamakan kepentingan rakyat dan memastikan pentadbiran kerajaan negeri terus berjalan dengan baik.

Sebelum ini, Ismail menegaskan tidak akan membiarkan DUN terbubar secara automatik susulan isu yang masih belum selesai membabitkan institusi pemerintahan negeri itu.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan persidangan DUN dapat diadakan supaya Belanjawan Negeri Sembilan 2027 dapat dibentangkan mengikut perancangan.

Kerajaan negeri sebelum ini menetapkan 26 November sebagai tarikh persidangan DUN, manakala pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2027 dijadualkan pada 27 November ini. – UTUSAN

The post Ismail sah rundingan krisis adat di peringkat UMNO selesai appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved