Ismail yakin DUN dapat bersidang 26 November

LocalPolitics
30 Oct 2026 • 12:48 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ismail yakin DUN dapat bersidang 26 November

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim tetap yakin Dewan Undangan Negeri (DUN) dapat bersidang pada 26 November ini.

Menurutnya, beliau masih berusaha mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berhubung tarikh berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata tarikh berkenaan masih kekal seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

“Saya sedang berusaha mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Besar.

“Seperti mana saya sebut sebelum ini, itulah. Nanti kita tengok-tengok macam mana,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Perpatih Fest 2026 di Muzium Negeri, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail berkata, kemungkinan pembubaran secara automatik DUN negeri itu jika gagal bersidang sehingga Februari depan perlu diteliti dari sudut perundangan.

“Itu saya tak pasti. Kita tengok dari segi undang-undang,” katanya.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata DUN boleh terbubar dengan sen­dirinya pada Februari 2027 sekiranya tiada sidang diadakan sehingga tempoh berkenaan.

Beliau berkata, situasi itu memerlukan kerajaan negeri pimpinan Ismail menyelesaikan isu proklamasi mem­­babitkan Yang di-Pertuan Be­sar Negeri Sembilan sesegera mungkin bagi membolehkan Sidang DUN diadakan, termasuk untuk pembentangan belanjawan negeri.

Katanya, kerajaan negeri belum memperoleh proklamasi untuk me­ngadakan Sidang DUN selepas tindakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bersetuju bahawa proklamasi penurunan takhta Tuan­ku Muhriz bertarikh 19 April 2026 adalah sah dan berkuat kuasa. – UTUSAN

The post Ismail yakin DUN dapat bersidang 26 November appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved