Istana Belum Sahkan Ketulenan Surat Peletakan Jawatan Ismail Lasim, Masih Kekal Menteri Besar Negeri Sembilan

LocalPolitics
17 Nov 2026 • 11:41 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Istana Negeri Sembilan memaklumkan bahawa pihaknya masih belum mengesahkan ketulenan surat peletakan jawatan Datuk Ismail Lasim sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan seperti yang diumumkan oleh Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pada malam Isnin.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Pengelola Bijaya Diraja pada Selasa, Istana mengambil maklum pengumuman Zambry melalui Facebook pada pukul 10 malam, 16 November 2026, yang dipercayai dibuat berdasarkan salinan surat peletakan jawatan dalam simpanannya.

Advertisement

f

Bagaimanapun, pihak Istana menegaskan bahawa sebarang peletakan jawatan Menteri Besar hanya akan berkuat kuasa selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Surat Perletakan Jawatan Dihantar Ke Istana Selepas Tengah Malam

Menurut kenyataan tersebut, surat peletakan jawatan Ismail hanya diterima pihak Istana pada awal pagi Selasa, beberapa jam selepas pengumuman dibuat oleh Zambry.

“Surat peletakan jawatan tersebut telah dihantar ke Istana Hinggap, Seremban pada pukul 12.16 pagi, 17 November.

“Surat itu diserahkan oleh seorang individu yang memperkenalkan dirinya sebagai Hamidi daripada firma guaman Shahrul Hamidi & Haziq.”

Bagaimanapun, pihak Istana masih belum dapat mengesahkan sama ada surat berkenaan benar-benar ditandatangani oleh Ismail seperti yang dimaklumkan Zambry sebelum ini.

Tuanku Muhriz Sudah Perkenan Ismail Menghadap Lebih Awal

Dalam perkembangan sama, Istana turut mendedahkan bahawa Tuanku Muhriz sebenarnya sudah memberikan perkenan kepada Ismail untuk menghadap baginda sebelum pengumuman peletakan jawatan dibuat.

Menurut kenyataan itu, Setiausaha Sulit telah memaklumkan mengenai perkenan tersebut kepada Ismail menerusi aplikasi WhatsApp pada pukul 8.38 malam Isnin dan mesej berkenaan turut diakui diterima oleh beliau.

Sesi menghadap itu dijadualkan berlangsung pada Jumaat, 20 November 2026, pukul 10 pagi.

“Pihak Istana belum mengesahkan ketulenan surat tersebut, yang menurut YB Dato’ Seri Zambry telah ditandatangani oleh Dato’ Ismail bin Lasim.”

Malah, perkenan untuk menghadap itu telah dimaklumkan kira-kira 80 minit lebih awal sebelum Zambry mengumumkan peletakan jawatan berkenaan menerusi media sosial.

Ismail Lasim Masih Kekal Sebagai Menteri Besar

Sehubungan itu, kedudukan Ismail sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan masih belum berubah sehingga mendapat perkenan rasmi daripada Tuanku Muhriz.

View this post on Instagram

Perkara tersebut selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan yang menetapkan bahawa peletakan jawatan Menteri Besar perlu dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Besar dan hanya berkuat kuasa selepas mendapat perkenan baginda.

Terdahulu, Zambry mengumumkan bahawa Ismail telah meletakkan jawatannya berkuat kuasa 16 November 2026.

Beliau turut memaklumkan bahawa Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengemukakan cadangan calon Menteri Besar baharu untuk dipersembahkan kepada Tuanku Muhriz.

Bagaimanapun, susulan penjelasan terbaharu pihak Istana, status peletakan jawatan Ismail masih tertakluk kepada pengesahan dan perkenan baginda.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ibrahom2026-11-17 10:05:27

Ismail Lasim Letak Jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan, BN Bakal Kemuka Calon Pengganti

The post Istana Belum Sahkan Ketulenan Surat Peletakan Jawatan Ismail Lasim, Masih Kekal Menteri Besar Negeri Sembilan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved