Istana Negeri Sembilan: Ismail Lasim Mesti Buktikan Sokongan Majoriti Untuk Kekal Sebagai MB

LocalPolitics
20 Nov 2026 • 6:51 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Istana Negeri Sembilan: Ismail Lasim Mesti Buktikan Sokongan Majoriti Untuk Kekal Sebagai MB

SEREMBAN, 20 Nov (Bernama) -- Istana Negeri Sembilan hari ini menjelaskan bahawa mereka tidak meminta Datuk Ismail Lasim untuk kekal sebagai Menteri Besar, sambil menegaskan bahawa beliau mesti membuktikan sokongan majoriti yang berterusan di dalam Dewan Undangan Negeri, bagi menentukan kedudukannya selaras dengan konvensyen dan peruntukan perlembagaan.

Pengelola Bijaya Diraja Datuk Azizi Mohamad Ali berkata perkara itu merupakan antara perkara yang memerlukan penyelesaian, susulan majlis menghadap Ismail ke atas Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Hinggap, pagi ini.

Beliau berkata Ismail memaklumkan kepada Tuanku Muhriz semasa majlis menghadap itu bahawa beliau tidak menyerahkan surat peletakan jawatannya bertarikh 16 Nov, mahupun memberi kebenaran untuk surat tersebut diserahkan kepada pihak istana, kenyataan yang turut diulanginya pada sidang media selepas itu.

Azizi berkata pihak istana merujuk kepada kenyataannya pada 17 Nov, yang menjelaskan bahawa peletakan jawatan seorang Menteri Besar hanya akan berkuat kuasa dengan perkenan Tuanku Muhriz dan menambah bahawa surat berkenaan belum disahkan oleh pihak istana.

“Oleh kerana beliau sendiri telah menyatakan bahawa beliau tidak meletak jawatan, maka adalah tidak tepat dan tidak berasas dari segi fakta, untuk mengatakan bahawa pihak istana mahu beliau kekal sebagai Menteri Besar. Persoalan itu tidak timbul kerana beliau tetap berpendirian bahawa beliau tidak meletak jawatan.

“Pihak istana akan mematuhi sepenuhnya konvensyen dan peruntukan perlembagaan dan Datuk Ismail Lasim mesti membuktikan bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azizi berkata Ismail juga mesti mengemukakan senarai cadangan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) untuk pertimbangan Tuanku Muhriz.

Beliau berkata tarikh persidangan Dewan Undangan Negeri dan pembentangan belanjawan negeri akan ditentukan selaras dengan Perlembagaan Negeri Sembilan, sebaik sahaja perkara-perkara itu diselesaikan.

Image from: Istana Negeri Sembilan: Ismail Lasim Mesti Buktikan Sokongan Majoriti Untuk Kekal Sebagai MB

Pada sidang medianya awal hari ini, Ismail berkata Tuanku Muhriz telah menitahkan beliau untuk terus menjalankan tugasnya, bagi memastikan kelangsungan dalam pentadbiran negeri.

Beliau juga menjelaskan bahawa beliau tidak menyerahkan mahupun mengizinkan penyerahan surat peletakan jawatan tersebut kepada Tuanku Muhriz, sambil menyatakan bahawa surat itu telah disimpan oleh kepimpinan partinya.

Kontroversi mengenai kedudukan Ismail timbul pada malam Isnin (16 Nov), apabila Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi BN, mengumumkan bahawa Menteri Besar itu telah meletak jawatan.

Zambry berkata Pengerusi BN dan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menerima salinan surat peletakan jawatan yang didakwa dialamatkan dan dihantar kepada Tuanku Muhriz.

Pada hari Selasa, pihak istana menjelaskan bahawa peletakan jawatan seseorang Menteri Besar hanya akan berkuat kuasa dengan perkenan Tuanku Muhriz, selaras dengan Perlembagaan Negeri.

Baca juga:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved