Tujuh Exco Negeri Sembilan baharu dijangka angkat sumpah Ahad ini

LocalPolitics
20 Nov 2026 • 4:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tujuh Exco Negeri Sembilan baharu dijangka angkat sumpah Ahad ini
Mohd Zaidy (gambar kanan) dan Ridzuan dilihat keluar dari bangunan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dipercayai berjumpa Ismail untuk urusan pelantikan Exco.

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Seramai tujuh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baharu dijangka mengisi barisan pentadbiran Negeri Sembilan, berbanding 10 anggota sebelum ini.

Antara nama yang dikatakan bakal menganggotai barisan Exco baharu itu ialah empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO iaitu ADUN Pilah, S Leza Md Yasin; ADUN Senaling, Mohamad Qayyum Abd Jalil; ADUN Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir dan ADUN Seri Menanti, Muhammad Sufian Maradzi.

Selain itu, ADUN Repah daripada MCA, Koh Kim Swee, ADUN Gemas daripada Wawasan, Ridzuan Ahmad dan ADUN Bagan Pinang, Abdul Fatah Zakaria.

Sumber berkata, majlis angkat sumpah barisan Exco baharu itu dijadual berlangsung di Istana Seri Menanti, Kuala Pilah, Ahad ini.

Terdahulu, Ismail pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar pada Jumaat memaklumkan pelantikan Exco baharu akan dibuat dalam waktu terdekat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

"Saya tak boleh kata putus, terpulang kepada Tuanku. Tapi ini salah satu kaedah yang mesti kita buat supaya pentadbiran kerajaan negeri dapat bergerak," katanya

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved