“Mana pemb*nuh suami saya” – Isteri Penunggang Motosikal Tak Tahan Sebak Ketika Masuk Mahkamah

LocalPolitics
1 Apr 2026 • 12:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

“Mana pembunuh suami saya, nyawa balas nyawa.”

Itu ungkapan Nor Nadia Abdul Majid, isteri kepada penunggang motosikal Amirul Hafiz Omar, 33, yang maut akibat dirempuh pemandu dipercayai mabuk di Jalan Raya Barat, pada Rabu lepas.

Nor Nadia yang memakai jubah hitam dilihat sugul dan seakan-akan menahan diri daripada menangis ketika melangkah masuk ke Mahkamah Majistret Klang, lapor Sinar Harian.

Artikel berkaitan: Pemandu Mabuk Rempuh Palang Keselamatan Pintu 2 Istana Negara

Artikel berkaitan: Dr Akmal Saleh Tegur Pihak Lantang Kritik Himpunan RXZ Tapi Diam Isu Pemandu Mabuk

Ditemani Fida, Albert Tei

image is not available

Ibu kepada 3 orang anak itu diiringi peguamnya, Mohd Faizi Che Abu serta aktivis, Rafidah Ibrahim dan ahli perniagaan, Albert Tei Jiann Cheing untuk memberikan sokongan moral.

Sebelum ini, seorang lelaki disiasat berhubung dengan insiden memandu dalam keadaan mabuk dan pengaruh dadah hingga menyebabkan kematian di Jalan Raya Barat di sini, dibawa ke Mahkamah Majistret Klang.

Suspek yang berusia 20-an yang memakai baju berkolar T warna putih dillihat tiba pada jam 8.53 pagi diiringi pihak polis.

image is not available

Suspek didakwa membunuh mangsa

image is not available

Terkini, Harian Metro melaporkan bahawa suspek yang bekerja sebagai seorang juruteknik telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang atas pertuduhan membunuh hingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal dalam kejadian di Jalan Raya Barat.

Tertuduh yang dikenali sebagai R Saktygaanapathy mengangguk faham selepas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah hingga menyebabkan kematian mangsa dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret A. Karthiyayini.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) di mana tertuduh pernah memperuntukkan hukuman mati atau penjara selama tempoh tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun.

Sumber : Sinar Harian, Harian Metro

Sumber: NSTSumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.