Isteri, anak mangsa nahas lori tangki dikebumi esok

16 Aug 2026 • 10:26 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Isteri, anak mangsa nahas lori tangki dikebumi esok

PETALING JAYA – Jenazah wanita dan anak lelakinya yang maut dalam kemalangan membabitkan lori tangki bermuatan diesel di Kilometer 9, Jalan Temerloh-Triang, kelmarin akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kuala Sanggang, esok.

Suami mangsa, Saifulnizam Sulaiman, 39, memaklumkan solat jenazah isterinya, Nur Fatima Syuhada Abdullah, 39, dan anak mereka, Muhammad Fattah Aisy Naufal Saifulnizam, 12, akan dilaksanakan selepas solat Zohor di Masjid Sanggang (Saidina Abu Bakar As-Siddiq).

“Insya-Allah esok jenazah isteri bidadari dan anak pemuda syurga saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kuala Sanggang, Temerloh, Pahang.

“Solat jenazah selepas Zohor di Masjid Sanggang (Saidina Abu Bakar As-Siddiq),” katanya menerusi hantaran di aplikasi Threads.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang kelmarin, lori tangki membawa muatan 32,000 liter diesel dipercayai hilang kawalan sebelum bertembung dengan kereta dinaiki kedua-dua mangsa.

Kedua-dua kenderaan terbakar dalam nahas berkenaan menyebabkan Nur Fatima Syuhada dan anaknya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pemandu lori tangki pula dilaporkan mengalami kecederaan ringan. – KOSMO! ONLINE

The post Isteri, anak mangsa nahas lori tangki dikebumi esok appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved