Isteri lapor suami hilang enam hari

15 Oct 2026 • 3:43 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Isteri lapor suami hilang enam hari

PORT DICKSON – Seorang isteri membuat laporan polis semalam selepas suaminya, R. Shanmugam, 41, dilaporkan hilang sejak enam hari lalu, selepas keluar dari rumah pada 9 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Ahmad Afiq Mohd. Adnan berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta membantu polis mengesan keberadaannya.

“Shanmugam mempunyai ketinggian kira-kira 170 sentimeter, berat 50 kilogram, berbadan kurus, berambut pendek berwarna hitam dengan sedikit uban serta berkulit gelap.

“Ketika kali terakhir dilihat, lelaki itu memakai baju-T berkolar lengan pendek berwarna biru tua dengan tulisan SCKP Aviation Maintenance & Services di bahagian belakang, seluar jeans panjang lusuh berwarna biru dan selipar putih,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan Shanmugam diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu usaha mengesannya.-KOSMO! ONLINE.

The post Isteri lapor suami hilang enam hari appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved