
ISTERI penyanyi dan usahawan Sufian Suhaimi iaitu Rania Al Sadat menjadi perhatian ramai selepas memanjat pokok ketika hadir menyaksikan perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2026 yang ke-69 di Dataran Putrajaya.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Rania dilihat berada di atas pokok bersama Sufian bagi menonton perarakan dengan lebih jelas kerana pandangan terhalang susulan kehadiran orang ramai yang memenuhi kawasan tersebut.
Rania menerusi hantaran TikTok miliknya sempat berkongsi klip video dari sudut atas pokok tersebut. Menurutnya, tindakan itu diambil selepas gagal mendapatkan pandangan yang jelas.

"Tak dapat tengok dari bawah," titipnya di ruangan kapsyen.
Susulan itu, Sufian tampil menjelaskan situasi berkenaan selepas perkongsian terbabit meraih hampir 1.2 juta tontonan.
"Aku tak ajak dia panjat pokok. Dia yang nak ikut. Next level punya clingy," kongsi Sufian.

Warganet rata-rata terhibur dengan gelagat pasangan itu. Selain menyifatkan mereka sebagai pasangan sekufu di samping aksi yang mencuit hati.
Sekadar info, Sufian dan Rania berkahwin pada 2 Mei 2025. Mereka baharu sahaja menyambut kelahiran cahaya mata pertama, Sumayyah Rose April lalu.

![[VIDEO] Terbang, panjat, berlari demi sebuah kerusi](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/HARI-KEBANGSAAN-1024x634.jpeg)


