Isteri Pertama Abang Tesla Dedah Berhabis RM30,000 Untuk Rawatan IVF, 6 Tahun Tunggu Cahaya Mata

5 Sep 2024 • 10:29 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Isteri pertama kepada pempengaruh Abang Tesla iaitu Nurmajdina Jamari baru-baru ini berkongsi pengalamannya menjalani rawatan Persenyawaan in vitro (IVF).

Rawatan Lebih RM30,000

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Nurmajdina mendedahkan telah berbelanja lebih daripada RM30,000 setelah dua kali melakukan rawatan IVF.

“Pembedahan untuk pemindahan dah dua kali, kos dia mahal. Saya rasa lebih RM30,000.

“Kali pertama IVF tu tak jadi, kali kedua jadi tapi tak lama,” katanya.

Dalam pasa itu, Majdina turut  mendedahkan sudah masuk enam tahun dirinya cuba untuk mendapatkan cahaya mata.

Beralih ke ruangan komen, rata-rata wargamaya terutamanya para wanita bergelar ibu tidak berdoa serta berharap agar terus sabar dalam menanti kehadiran cahaya mata.

Mereka turut menitipkan doa agar urusan Marjdina dipermudahkan.

Sebelum ini, Majdina memuat naik status menyelar tomahan segelintir pihak yang menghina dirinya mandul.

Malah Majdina turut mendakwa wujud pihak ketiga yang menggangu proses IVF sehingga dia mengalami keguguran.

Pada Isnin lalu, Abang Tesla atau Muhammad Khal Iltizzam Yusry, 29, mendedahkan isteri keduanya selamat melahirkan cahaya mata sulung.

Pada Ogos tahun lalu, nama abang Tesla menjadi bualan hangat selepas dia memuat naik video di aplikasi TikTok mengumumkan dia sudah berkahwin dua.

Bagaimanapun, perkahwinan keduanya itu sudah pun mendapat restu Majdina.

Sumber: TikTok