Isteri Sebak, Anak Penuhi Hasrat Imamkan Solat Jenazah Pengarah KPDN Kelantan

LocalFamily & Parenting
7 Apr 2026 • 9:14 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Isteri kepada Pengarah KPDN Kelantan, Allahyarham Azman Ismail iaitu Arabi Muhammad Amin tidak dapat menahan sebak apabila anak ketiga mereka, Abi Aidiel Afiqi, memohon restu untuk mengimamkan solat jenazah bapanya.

Imamkan solat jenazah bapa

Memetik laporan daripada Sinar Harian, allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada jam 2.40 pagi selepas menghidap kanser usus tahap empat.

image is not available

Keinginan bapa ditunaikan

Menurut Arabi, dia berasa bangga melihat keberanian anaknya yang juga pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia menggalas tanggungjawab tersebut, selain menyifatkan ia adalah hasrat arwah sendiri.

“Saya bagitahu dia, itulah yang dimahukan oleh bapa mereka,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mujur, Jelawat.

image is not available

Dalam pada itu, Arabi turut terkejut apabila solat jenazah dilakukan sebanyak tiga kali berikutan kehadiran orang ramai yang terlalu ramai untuk memberi penghormatan terakhir.

Walaupun masih bersedih, beliau reda dengan pemergian suami tercinta dan bersyukur dapat menjaganya sepanjang tiga bulan selepas disahkan menghidap kanser.

“Kali terakhir kami bercakap ialah pada 29 Mac lalu selepas memaklumkan padanya ada darah beku pada paru-paru dan doktor meminta untuk ditidurkan.
“Suami bersetuju dan dia percaya ia adalah salah satu ikhtiar untuk sembuh,” katanya.

image is not available

Terdahulu, Allahyarham disahkan menghidap kanser pada 28 Disember 2025 dan pernah menjalani pembedahan pada 8 Januari lalu sebelum kesihatannya semakin merosot.

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)

The post Isteri Sebak, Anak Penuhi Hasrat Imamkan Solat Jenazah Pengarah KPDN Kelantan appeared first on Borak Daily.