Isteri Selamat Bersalin, Ben Ladin Kini Dah Jadi Bapa - “Terima Kasih Isteri Tercinta, Saya Hargai Pengorbanan Awak…”

23 Jun 2025 • 1:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi, Ben Ladin memaklumkan isterinya, Anna Shida selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka.
 

Syukur isteri selamat bersalin

Menerusi perkongsian di Instagram, Ben mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan keluarga kecilnya.


 


Assalammualaikum, pewarisku tercinta. Alhamdulillah isteri saya Anna @annasyida_ selamat melahirkan bayi kami.


 

“Terima Kasih yang banyak mendoakan, terima kasih kepada isteri tercinta saya kerana memberikan saya hadiah yang paling berharga, 
 
“Saya hargai pengorbanan awak sepanjang masa, perjalanan yang panjang untuk kita berdua, semoga Allah sentiasa menjaga keluarga kita,” kongsinya.

        View this post on Instagram                      

A post shared by BENLADIN (@mohd_benladin)

 

Baby J

Bagaimanapun, Ben tidak mendedahkan jantina anak pertamanya itu dan hanya memberitahu nama panggilannya adalah Baby J.


 

Daddy & Mummy sekarang dah ada Baby J. Semoga, anak soleh ini sentiada dalam lindungan Allah,” tulisnya.

 


Terdahulu, Ben dan Anna mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu.


 


 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved