Resepi Ikan Bilis Bawang Telur Goreng Buatan Amira Othman Kini Jadi Ikutan Kaum Wanita – “Kuat Betul Pengaruh Dia Ni”

22 Sep 2025 • 11:03 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, satu klip video memaparkan pelakon, Fattah Amin melakukan live di TikTok sambil menunjuk isterinya iaitu penyanyi, Amira Othman memasak meraih perhatian ramai.

Dalam video yang tular itu, kelihatan Amira memasak lauk mudah iaitu ikan bilis dan bawang digoreng bersama, lalu diletakkan di atas telur goreng.

Susulan video tersebut telah tular di setiap platform media sosial, resepi yang dibuat oleh Amira itu kini menjadi ikutan para wanita.

Bahkan, dapat dilihat di laman Threads, ramai yang memuat naik video memaparkan diri mereka memasak lauk tersebut susulan ‘terpengaruh’ dengan penyanyi berkenaan.

image is not available

image is not available

image is not available

Melihat komen-komen netizen, rata-ratanya menyukai resepi tersebut dan merasakan ia merupakan lauk yang akan membuat seseorang tambah nasi.

image is not available

image is not available 2025-09-22 10:20:46

"Isteri Syurga, B, Sayang.." - Gelagat Fattah Amin Kacau Amira Othman Memasak Buat Netizen Terhibur