

Kesesakan luar biasa di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)disebabkan hanya satu aerotrain beroperasi.
Tindakan penyelenggaraan rutin yang dijalankan pada waktu awal pagi itu mencetuskan keluhan ramai penumpang di media sosial sebelum pihak pengurusan tampil memberi penjelasan rasmi.
Kawasan balai ketibaan di Bangunan Satelit KLIA sesak dipenuhi penumpang pagi tadi. Keadaan itu tular di media sosial selepas seorang pengguna memuat naik gambar memaparkan lautan manusia akibat gangguan jadual perjalanan tren.
Ramai penumpang meluahkan rasa kurang senang terhadap situasi tersebut. Mereka turut mempersoalkan pelan alternatif pengendali lapangan terbang bagi menangani lonjakan jumlah pelancong pada waktu puncak.
Pihak pengurusan KLIA menjelaskan, pengoperasian satu tren dari jam 12 tengah malam hingga 5 pagi adalah mengikut jadual yang diperuntukkan bagi kerja penyelenggaraan rutin (engineering hours).
Nasihat Kepada Pihak PenumpangPengguna dinasihatkan supaya sentiasa menyemak jadual dan merancang perjalanan dengan teliti. Langkah ini penting bagi mengelakkan sebarang kesulitan, terutamanya bagi mereka yang menaiki penerbangan pada waktu malam atau awal pagi.






