Isu Anjing Liar Rocky, Sherry Ibrahim Tetap Dengan Pendirian Walaupun Dikecam Tak Baca Kronologi

3 Aug 2026 • 11:16 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelakon Sherry Ibrahim tetap mempertahankan pendiriannya dalam isu kematian anjing liar dikenali sebagai Rocky.

Sebelum ini, Sherry dikecam selepas berkongsi gambar seorang individu dan meluahkan rasa marah terhadap kematian haiwan tersebut.

Sherry luah rasa marah

sherry
Foto: Threads Sherry Ibrahim

Netizen berkata, Sherry menuduh melulu tanpa mengetahui cerita sebenar dan tidak membaca kronologi daripada penduduk di tempat kejadian.

Namun, Sherry berkata dia masih berpegang dengan apa yang dirasainya mengenai isu tersebut. Katanya, ada banyak cara lebih baik untuk mengendalikan haiwan mengikut undang-undang tanpa perlu menyeksa atau menyebabkan kematian.

sherry ibrahim
Foto: Threads Sherry Ibrahim

Sherry turut berkata dia tidak akan rasa bersalah kerana mempunyai rasa empati dan simpati yang besar terhadap Rocky. Baginya, pihak yang bersalah tetap perlu berdepan tindakan yang sepatutnya.

Dalam masa sama, Sherry berkata dia tiada masalah untuk menurunkan status berkenaan.

Namun, dia berharap pihak berwajib dapat mengeluarkan kenyataan rasmi terlebih dahulu bagi menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

sherry ibrahim

Terdahulu, isu kematian Rocky menjadi perhatian selepas video operasi tangkapan anjing liar oleh pihak berkuasa tempatan di Pelabuhan Klang tular di media sosial.

Menurut kenyataan penduduk, kematian Rocky berlaku selepas seorang individu yang mengaku sebagai pemilik cuba melepaskan anjing itu daripada jerutan alat tangkapan.

Anjing tersebut dipercayai tercekik selepas kedua-dua pihak menarik haiwan itu ke arah bertentangan.

KRT Jalan Sama Gagah dalam kenyataan turut memaklumkan operasi itu dijalankan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Diraja Klang dan penduduk setempat.

Dalam kenyataan sama, KRT turut meminta semua pihak tidak membuat spekulasi atau tuduhan yang boleh mengganggu siasatan. Perkara itu kini diserahkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat secara telus dan menyeluruh.

The post Isu Anjing Liar Rocky, Sherry Ibrahim Tetap Dengan Pendirian Walaupun Dikecam Tak Baca Kronologi appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved