“Tolong Minta Maaf Dengan Abang PBT Tu” – Kilafairy Mohon Maaf, Akui Pilihan Kata Di Threads Terlalu Keras

LocalEntertainment
3 Aug 2026 • 6:05 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Kilafairy tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan hantaran di Threads berkaitan isu kematian seekor anjing bernama Rocky yang mengundang pelbagai reaksi netizen.

Menerusi satu kenyataan, Kilafairy mengakui pemilihan kata-kata yang digunakan dalam hantaran tersebut terlalu keras selepas menilai semula apa yang ditulisnya.

Advertisement

kila fairy

“Assalamualaikum semua. First of all, Kila nak minta maaf atas pemilihan kata kata yang Kila gunakan di Threads beberapa hari lepas. Looking back at it, yes, it was very harsh. Sorry guys.. im just a human, tak sempurna, and still learning to be a better person every single day.”

Dalam masa sama, Kilafairy turut berterima kasih kepada semua pihak yang menegur serta memberikan nasihat kepadanya secara peribadi dan tertutup.

Menurutnya, dia juga telah meneliti penjelasan daripada kedua-dua belah pihak berhubung insiden melibatkan Rocky itu.

“Thank you juga kepada semua yang menegur dan menasihati Kila secara peribadi dan tertutup. Appreciate it. Kila juga dah go thru penjelasan daripada kedua dua belah pihak mengenai kes Rocky ni.”

Mengulas lanjut, Kilafairy berharap semua pihak dapat mengendalikan isu seperti itu secara adil dan aman tanpa menimbulkan kebencian.

“At the end of the day, apa yang Kila harapkan ialah bila adanya cases like this, semua pihak dapat handle the situation dengan adil and peacefully.”

Beliau turut menyeru masyarakat supaya terus berusaha membina dunia yang lebih berperikemanusiaan serta menyayangi semua makhluk ciptaan Allah.

Mengakhiri kenyataannya, Kilafairy sekali lagi memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan kata-katanya sebelum ini.

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kila fairy2026-08-02 11:34:14

"Semoga Kau Mereput Dalam Neraka" - Jinggo Tegur Kilafairy, Doa Buruk Terhadap Anggota PBT Undang Kritikan Warganet

The post “Tolong Minta Maaf Dengan Abang PBT Tu” – Kilafairy Mohon Maaf, Akui Pilihan Kata Di Threads Terlalu Keras first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved