Sebar gambar lelaki itu bukan lagi isu penganiyaan haiwan tapi isu perkauman, hentikanlah – Atikah Suhaime

3 Aug 2026 • 2:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sebar gambar lelaki itu bukan lagi isu penganiyaan haiwan tapi isu perkauman, hentikanlah – Atikah Suhaime

PETALING JAYA: Pelakon, Datin Atikah Suhaime, mengecam tindakan individu yang menyebarkan gambar seorang lelaki tidak bersalah yang kini tular sehingga menyebabkan insiden kematian anjing liar bernama Rocky itu menjadi isu perkauman.

Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 35, berkata, mereka yang menyebarkan foto pekerja Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan menuduhnya sebagai pembunuh anjing berkenaan telah memecahbelahkan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

“Saya tidak mahu komen sebenarnya tapi saya mahu komen lagi mengenai isu Rocky ini. Sebenarnya, orang yang mula-mula mencetuskan semua ini sampai luar kawalan ialah individu yang menyebarkan gambar lelaki PBT yang tidak bersalah ke mana-mana dan dakwa dia ialah pembunuhnya.

“Ada tidak undang-undang untuk fitnah macam ini? Ada tindakan tidak untuk fitnah di media sosial? Siapa dalang yang memuat naik gambar lelaki itu?,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Atikah berkata, tindakan melulu menyebarkan gambar lelaki berkenaan bukan sahaja melanggar undang-undang tetapi mengalihkan perhatian pengguna media sosial daripada isu asal penganiayaan haiwan.

“Awak semua sudah menyebabkan kita rakyat Malaysia berpecah belah. Ini bukan lagi sekadar isu penganiayaan haiwan. Bayangkan kalau dia itu abang saya atau ahli keluarga awak yang kena macam ini. Dia boleh jadi sesiapa sahaja.

“Pada masa yang sama, saya ada rakan-rakan berbangsa India, Cina dan Melayu. Benda ni buat kita bergaduh sesama sendiri,” ujarnya.

Sehubungan itu, Atikah menyeru orang ramai supaya berhenti bertindak mengikut emosi dan menegaskan bahawa dalang sebenar isu berkenaan ialah individu yang menyebarkan gambar lelaki tersebut.

“Tolonglah semua orang, berfikirlah secara rasional dan hentikan semua ini. Bersatulah. Dalang sebenar ialah orang yang memuat naik gambar lelaki itu sehingga ia menjadi isu perkauman. Sepatutnya isu ini kekal sebagai isu penganiayaan haiwan sahaja,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved