Pelakon Sherry Ibrahim memaklumkan dia sudah menerima penjelasan berhubung kejadian melibatkan anjing bernama Rocky.
BACA: Isu Anjing Liar Rocky, Sherry Ibrahim Tetap Dengan Pendirian Walaupun Dikecam Tak Baca Kronologi
Menerusi perkongsian terbaru di Threads, Sherry berkata penjelasan itu diterima daripada sumber berita serta pihak KRT kawasan yang menerangkan situasi dan kronologi kejadian.
Sherry padam hantaran lepas terima penjelasan
Menurut Sherry, selepas mengambil kira penjelasan tersebut, dia membuat keputusan untuk menurunkan hantaran terdahulu.

Katanya, tindakan itu dibuat bagi menghormati penjelasan yang sudah diberikan serta memberi ruang kepada pihak berwajib menjalankan tugas dan siasatan sewajarnya.

Sherry turut menegaskan bahawa dalam apa juga operasi menangkap, mengawal atau mengendalikan haiwan, aspek kebajikan dan keselamatan perlu diberi perhatian.
Menurut Sherry, semua pihak yang terlibat juga perlu memahami dan mematuhi SOP serta peruntukan Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta 772].

Pada masa sama, Sherry berkata perbezaan pandangan tidak sepatutnya menjadi ruang untuk mana-mana pihak saling menuduh atau menghukum sebelum fakta sebenar diketahui.
Di ruangan komen, netizen mempersoalkan pelakon ini yang langsung tidak menyatakan permohonan maaf selepas menuduh orang lain sebagai pembunuh.


Netizen berharap Sherry dapat merendahkan ego mengaku kesalahan kerana membuat hantaran tanpa selidik terlebih dahulu.
The post Teruk Dikecam Isu Rocky, Sherry Ibrahim Padam Hantaran Selepas Terima Penjelasan appeared first on Oh! Media.





