Isu baja, kami terbuka bantu siasatan – Menteri

LocalPolitics
11 Sep 2026 • 5:46 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Isu baja, kami terbuka bantu siasatan – Menteri

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu sedia memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu kelewatan pembekalan baja di Kedah.

Menurut beliau, sehingga kini belum dihubungi oleh agensi berkenaan bagi membantu siasatan isu berkenaan.

“Saya serahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk melakukan siasatan dan memastikan segala perkara berkaitan isu tersebut diteliti secara menyeluruh.

“Saya sehingga kini belum dipanggil dan jika diperlukan, saya dan kementerian bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa kerana tiada apa yang perlu disembunyikan dan kami terbuka untuk membantu sebarang siasatan,” katanya di sini semalam.

Terdahulu, SPRM dilaporkan sedia memanggil menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian berkaitan jika terdapat keperluan untuk membantu siasatan berkaitan dakwaan kelewatan pengagihan bekalan baja sebatian tambahan (Baja 3) kepada kira-kira 60,000 pesawah di negeri Kedah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd. Halim Aman berkata, arahan sudah dikeluarkan agar siasatan dibuat secara menyeluruh meliputi semua pihak yang mempunyai kaitan dengan aspek dasar, pelaksanaan serta proses tender pembekalan baja terbabit.

Sehingga ini, seramai 13 saksi telah dipanggil dan dirakam kenyataan merangkumi Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), empat pegawai Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) serta lapan kakitangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).

Siasatan kes dibuka pada 26 Ogos lalu berkait dakwaan kegagalan syarikat pembekal baja, TaaVeeKun Manufacturing Sdn Bhd (Taaveekun) yang dilantik oleh pihak kementerian  bagi membekal, menghantar dan mengedar Baja Paid 3 di bawah Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) di kawasan kelolaan MADA.

Ia melibatkan keluasan 100,000 hektar untuk keperluan tanaman pada musim satu dan dua tahun ini membabitkan 60,000 pesawah.

 

The post Isu baja, kami terbuka bantu siasatan – Menteri appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved