Isu bekalan baja lewat di Kedah, SPRM tak tolak kemungkinan panggil menteri bantu siasatan

LocalPolitics
10 Sep 2026 • 7:36 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak teragak-agak memanggil Ketua Setiausaha Kementerian (KSU), malah menteri berkaitan sekiranya diperlukan bagi membantu siasatan berhubung isu kelewatan agihan baja kepada pesawah di Kedah.

SPRM dalam proses penyiasatan

Memetik laporan daripada Harian Metro, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman menyatakan, mana-mana individu yang dikaitkan dengan perkara itu akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Kita dalam proses penyiasatan. Siapa saja yang disebut dalam perkara yang disiasat, kami tidak akan meninggalkan daripada memangil individu terbabit untuk tujuan siasatan.
“Ia bukan setakat KSU, menteri sekali pun kalau perlu kita panggil,” katanya pada pemberita selepas sesi wawancara di Ibu Pejabat SPRM.

Menurut Abdul Halim, SPRM Kedah telah membuka kertas siasatan pada 26 Ogos lalu berhubung kegagalan sebuah syarikat pembekal membekalkan baja padi tambahan kepada pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

Katanya, siasatan itu membabitkan syarikat yang dilantik Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi membekal, menghantar serta mengedar baja padi tambahan di bawah Skim Inisiatif Pengeluaran Padi di kawasan MADA berkeluasan 100,000 hektar.

Image from: Isu bekalan baja lewat di Kedah, SPRM tak tolak kemungkinan panggil menteri bantu siasatan

Foto: Berita Harian

Siasatan ketika ini masih di peringkat awal dengan 13 individu telah dipanggil untuk memberi keterangan.

Mereka terdiri daripada Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia, empat pegawai MADA dan lapan petugas Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).

Siasatan awal mendapati sepanjang musim pertama, syarikat itu sepatutnya membekalkan 616,015 beg baja kepada pesawah. Bagaimanapun, setakat September 2026, hanya 333,655 beg baja dibekalkan, berlaku kekurangan 282,360 beg baja,” katanya.

Tambahnya, SPRM turut akan menjalankan analisis kewangan terhadap syarikat dan akaun berkaitan selain merekodkan percakapan pegawai serta penerima baja di 23 PPK yang terlibat.

“Kami juga akan meneliti sekiranya terdapat isu kelemahan daripada aspek tatakelola yang menjadi punca kelewatan pembekalan baja,” katanya.

Image from: Isu bekalan baja lewat di Kedah, SPRM tak tolak kemungkinan panggil menteri bantu siasatan

 

Sumber: Harian Metro (Austin Camoens)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved