Tiada apa perlu disembunyikan, kami terbuka bantu siasatan – Mat Sabu

LocalPolitics
11 Sep 2026 • 4:27 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tiada apa perlu disembunyikan, kami terbuka bantu siasatan – Mat Sabu

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu belum dihubungi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kelewatan pembekalan bekalan baja di Kedah.

Mohamad bersedia memberi kerjasama bagi membantu siasatan kes berkenaan bersama dengan kementeriannya dan menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan dan memastikan segala perkara berkaitan isu itu diteliti secara menyeluruh.

“Setakat ini, saya belum dipanggil. Sekiranya diperlukan, saya dan kementerian bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

“Tiada apa yang perlu disembunyikan dan kami terbuka untuk membantu sebarang siasatan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sebelum ini, SPRM dilaporkan sedia memanggil menteri dan ketua setiausaha kementerian berkaitan sekiranya perlu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kelewatan pengagihan bekalan baja sebatian tambahan (Baja 3) kepada kira-kira 60,000 pesawah di Kedah.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, arahan sudah dikeluarkan supaya siasatan dijalankan secara menyeluruh merangkumi semua pihak yang mempunyai kaitan dengan aspek dasar, pelaksanaan serta proses tender pembekalan baja berkenaan.

Setakat ini, seramai 13 saksi sudah dipanggil dan dirakam kenyataan merangkumi Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), empat pegawai Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), dan lapan kakitangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).

Siasatan kes berkenaan dibuka pada 26 Ogos lalu berkait dakwaan kegagalan syarikat pembekal baja, TaaVeeKun Manufacturing Sdn Bhd (Taaveekun) yang dilantik oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan untuk membekal, menghantar dan mengedar Baja Paid 3 bawah Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) di kawasan MADA.

Kawasan itu membabitkan keluasan 100,000 hektar untuk keperluan tanaman pada Musim 1 dan 2 tahun ini, bagi tempoh masa satu tahun yang membabitkan seramai 60,000 pesawah.

The post Tiada apa perlu disembunyikan, kami terbuka bantu siasatan – Mat Sabu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved