Isu Boikot Antara Faktor Berjaya Food Alami Kerugian Bersih RM42.58 juta

Business & Finance
22 Feb 2024 • 1:11 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Berjaya Food alami kerugian bersih RM42.58 pada suku kedua berakhir 31 Disember 2023 berbanding keuntungan bersih RM35.49 juta pada suku sama setahun lalu.

Memetik laporan dari Bernama, menerusi maklumat yang dinyatakan kepada Bursa Saham, kerugian bersih tersebut mungkin disebabkan jualan lebih rendah dicatatkan dan kerugian sekali saja daripada pelupusan keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Jollibean Foods Pte Ltd.

Penurunan adalah disebabkan boikot

Pendapatan kumpulan tersebut juga menurun dari RM182.55 juta daripada RM295.32 juta sebelumnya, iaitu kira-kira 38 peratus.

“Penurunan pendapatan kebanyakannya adalah disebabkan boikot berkaitan konflik di Asia Barat,” kata Bfood.

image is not available
Sumber: Google

Percaya prestasi operasi akan pulih

Kumpulan berkenaan telah merekodkan kerugian bersih RM23.55 juta berbanding keuntungan bersih sebanyak RM70.18 juta pada enam bulan tersebut, manakala pendapatan susut 20 peratus kepada RM461.09 juta daripada RM578.37 juta.

Lembaga pengarah berpandangan bahawa prestasi operasi BFood bakal menunjukkan peningkatan untuk baki suku tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 nanti.

“Tambahan lagi, lembaga pengarah percaya bahawa prestasi operasi akan pulih dan meraih momentum, melihat situasi semasa sebagai bersifat jangka pendek dan menjangkakan kemajuan positif menuju ke hadapan,” tambahnya.

image is not available

Sumber: Google

Sumber: Bernama