iQOO Neo 10 Bakal Tiba Di Malaysia! Gaming Phone Dengan Snapdragon 8s Gen 4 Baharu

LocalTechnology
16 May 2025 • 6:30 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Selepas sekian lama menanti, pengeluar peranti, iQOO secara rasmi bakal membawa iQOO Neo 10 ke pasaran Malaysia, menandakan permulaan era baharu untuk Siri Neo.

Dengan spesifikasi setaraf telefon flaghsip, prestasi sepantas kilat, dan harga yang mengatasi jangkaan, iQOO Neo 10 bakal mencetuskan perubahan dalam pasaran telefon pintar gaming di Malaysia.

Pelancaran model ini pasti mengujakan banyak pihak memandangkan siri Neo itu sebelum ini hanya dipasarkan di China dan India.

Direka khusus untuk generasi pemain mudah alih dan pengguna digital tegar, iQOO Neo 10 tampil dengan kuasa sebenar.

image is not available
Foto: iQoo

Telefon gaming pertama di Malaysia guna Snapdragon 8s Gen 4

Menurut iQoo dalam satu kenyataan media, ini merupakan telefon pintar gaming pertama di Malaysia yang dipacu cip pemproses terkini Qualcomm Snapdragon 8s Gen 4.

Ini sekaligus menjanjikan pengalaman gaming lancar, multitugas tanpa gangguan, serta paparan visual imersif pada setiap sentuhan, leretan dan tatalan.

Prestasi Tanpa Kompromi

Buat pelajar universiti yang sedang mendaki ranking dalam Mobile Legends, graduan baharu yang multitasking dari pagi hingga malam, atau ibu bapa yang inginkan nilai terbaik untuk naik taraf seterusnya — iQOO Neo 10 memberikan kuasa sepanjang hari dan prestasi padu tanpa menjejaskan bajet.

Dengan teknologi penyejukan canggih, paparan kadar segar semula tinggi yang terang, serta bateri yang tahan lama — ini ialah telefon yang kekal sejuk, terang dan sentiasa bersedia dalam game — seperti anda.

image is not available

Pertama Kali Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia

Ini merupakan kali pertama Siri iQOO Neo diperkenalkan secara rasmi di Malaysia, dengan ciri dan prestasi yang bakal memenuhi jangkaan pengguna tegar.

iQOO Neo 10 direka untuk mendefinisikan semula jangkaan terhadap telefon pintar berprestasi tinggi — menawarkan spesifikasi bertaraf flagship tanpa tanda harga premium.

Pun begitu tarikh pelancaran rasmi belum lagi diumumkan. Nantikan maklumat lanjut di saluran rasmi Facebook dan Instagram iQOO Malaysia