
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui bahawa adab ketika berada di tempat awam amat penting untuk dijaga, apatah lagi jika berada di negara orang. Barisan dan giliran sering dianggap perkara asas tetapi ia tetap menimbulkan isu jika tidak dihormati.
Bagi sesetengah pihak, tindakan memotong barisan mungkin dianggap remeh. Namun ia memberi gambaran jelas tentang sikap individu tersebut sama ada berdisiplin atau tidak.
Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan sekumpulan pelancong asing memotong barisan di balai pelepasan sebuah lapangan terbang dan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Sekumpulan Mat Saleh Angkat & Alihkan Kereta Halang Laluan Bas Curi Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: Tular Pelancong Dari China Baling Jubah Di Masjid Putra, Ini Respon JAKIM
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Geram Lihat Pelancong Mengemis Minta Duit Untuk Makan & Tiket Flight
Didakwa Langgar Warga Emas, Kemudian Potong Barisan
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@qilimmm), seorang wanita berkongsi rakaman keadaan di kawasan pemeriksaan imigresen di sebuah lapangan terbang.
Dalam video berkenaan kelihatan beberapa orang sedang beratur di kawasan pengimbas pasport.
Menurut wanita itu, dia mula merakam selepas ibunya didakwa telah dilanggar oleh seorang lelaki warga asing ketika sedang berjalan menuju ke kawasan tersebut.
Tidak lama kemudian beberapa individu lain dipercayai dari kumpulan sama terus menyertai barisan yang sedang beratur.
Dalam rakaman itu, dua daripada mereka dilihat memotong barisan dan menuju ke hadapan tanpa menghiraukan orang lain walaupun barisan agak panjang.
Namun tindakan itu segera dihalang oleh pegawai bertugas yang mengarahkan mereka kembali ke tempat asal. Apa yang mencetuskan rasa kurang senang ialah reaksi mereka yang hanya tertawa seakan tiada apa-apa berlaku.
ak record just after ad jantan tua passport maroon langgar je ibu ak mse ktorg start beratur nk ke scanner..memg tiba² ‘selautan’ kaum ni dtg dr belakang! hakak tu pon malas nk layan dh kot..perangai diorg ni sama je mana²..tak beradab! #maroonpassport #fyp
Netizen Kecam Sikap Pelancong Asing Tidak Sabar & Kurang Adab
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan ketidakpuasan hati terhadap tindakan kumpulan pelancong tersebut yang disifatkan sebagai tidak sopan dan tidak menghormati orang lain.
Ramai juga mempersoalkan sama ada mereka sedar akan perbuatan sendiri dan memahami norma budaya di negara yang dikunjungi.


Beberapa pengguna turut berkongsi pengalaman serupa berdepan dengan pelancong asing dari negara tertentu yang sering mempamerkan tingkah laku kurang sopan di tempat awam.


Adab & Budaya Ketika Melancong
Setiap pelancong perlu peka dengan budaya dan adat tempatan semasa berada di luar negara. Sikap menghormati giliran, menjaga tingkah laku dan mematuhi peraturan adalah asas dalam menjaga keharmonian ketika melancong.
Malaysia dikenali sebagai negara yang ramah dan terbuka terhadap pelancong asing. Namun sebagai tuan rumah, rakyat tempatan juga mengharapkan kehadiran pelawat dihiasi dengan sikap saling menghormati.
Seseorang yang tahu menjaga adab di tempat orang bukan sahaja dihormati, malah menjadi cerminan kepada nilai masyarakat di tempat asalnya.
Persis peribahasa, “Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak”.
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Ada Duit Nak Balik Ke?” – Aksi Pelancong Asing Minta Derma Lepas Buat Show Raih Kecaman
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pasangan Pelancong Asing Minta Tumpang Ke Taman Negara Undang Pelbagai Reaksi
Baca Artikel Berkaitan: “Respect Angkat Imej Malaysia” – Tindakan Lelaki Bantu Pelancong Dari China Tukar Tayar Raih Pujian


![Isu Cerai Dikatakan Marketing, Siti Jamumall Mohon Jangan Kacau Mental & Sebar Fitnah [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)
![Suami Orang Tapi Mengaku Bujang Depan Wanita Lain, Boleh Jatuh Talak Atau Tidak? Ini Penjelasan UAI [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/family-and-parenting.jpeg)

![Selepas 20 Tahun, Ahli Politik Indonesia Lawat Kedai Sate Di Kajang & Imbau Memori Kerja Part Time Di Malaysia [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/politics.jpeg)