Isu graduan bekerja bawah kelayakan, luar bidang ditangani

LocalBusiness & Finance
6 Oct 2026 • 8:09 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Isu graduan bekerja bawah kelayakan, luar bidang ditangani

KUALA LUMPUR: Isu graduan yang memperoleh pekerjaan tidak selaras dengan kelayakan bidang pengajian mereka akan terus diberikan perhatian oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, usaha itu selaras dengan Dasar Pendidikan Tinggi Negara 2026-2035 yang memberi perhatian terhadap kedudukan graduan selepas menamatkan pengajian.

“Kerajaan akan memberikan perhatian soal yang disebut sebagai underemployment, sebagai contoh mereka mempunyai ijazah tetapi daripada segi peluang pekerjaan itu tidak selaras dengan bidang mereka.

“Langkah-langkah akan terus dilakukan kerana setiap tahun ribuan pelajar keluar dalam bidang masing-masing dan kita perlu melihat keperluan dalam pasaran,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Hari Akademia dan Bulan Akademia Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di Universiti Malaya di sini semalam.

Zambry berkata, usaha memastikan graduan memperoleh pekerjaan bersesuaian tidak boleh dilaksanakan KPT secara bersendirian sebaliknya memerlukan kerjasama kementerian lain.

Katanya, antara yang memainkan peranan utama selain KPT ialah Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sumber Manusia.

“Tiga kementerian utama ini perlu mempunyai kerjasama yang baik. Alhamdulillah, kerjasama di peringkat kementerian berjalan bagi memastikan mereka yang keluar daripada universiti dan politeknik dapat kita selaraskan bidang pekerjaan dengan kelayakan mereka,” katanya.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Zambry supaya memperkukuh laluan pekerjaan yang sepadan dengan kelayakan graduan.

Perkara itu susulan data Jabatan Perangkaan Malaysia yang menunjukkan kira-kira 1.6 juta graduan atau 32.2 peratus bekerja di bawah tahap kelayakan.

Mengulas mengenai kemungkinan gaji graduan turut mening­kat sekiranya berlaku kenaikan gaji permulaan, beliau berkata, perkara itu sudah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet.-UTUSAN.

The post Isu graduan bekerja bawah kelayakan, luar bidang ditangani appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved