Isu Lesen Judi: “Hati Saya Dengan Tuhan, Tak Suka Judi & Tak Boleh Dalam Islam” – Sanusi

LocalPolitics
19 Aug 2026 • 10:34 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Isu Lesen Judi: “Hati Saya Dengan Tuhan, Tak Suka Judi & Tak Boleh Dalam Islam” – Sanusi

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kerajaan negeri Kedah akur dengan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran bagi merayu keputusan pembatalan tindakannya menghentikan pengeluaran lesen premis perjudian yang disifatkan di luar bidang kuasa negeri.

Kedah Akur Keputusan Mahkamah Persekutuan, Akan Jemput Peguam Untuk Beri Penjelasan Dari Sudut Undang-undang

Namun menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, kerajaan negeri masih meneliti sebarang tindakan yang bakal diambil bagi memastikan langkah tersebut tidak bercanggah dengan undang-undang.

“Kita akur perintah mahkamah. Nanti dikatakan hina mahkamah pula.

“Ada sesi penerangan diadakan nanti. Saya jemput peguam beri penjelasan mengenai keputusan itu dari sudut undang-undang. Saya tidak boleh beri (pandangan) kerana dari sudut undang-undang, saya tidak ada kepakaran itu.

“Peguam akan beri penjelasan apa kesannya, apa yang mengikat kita, apa yang boleh dan apa yang tidak boleh,” katanya dipetik kenyataan di Facebook Urus Setia Penerangan Darul Aman.

“Tuhan Saya Tak Bagi (berjudi), Tetapi Ada Makhluk Bagi” – Sanusi

Bagaimanapun, Sanusi menegaskan dia tetap dengan pendirian peribadinya untuk sentiasa mematuhi perintah Tuhan dalam mencegah kemungkaran yang mana dalam konteks ini, menentang aktiviti berjudi.

Mengulas sama ada lesen baharu akan dikeluarkan susulan keputusan mahkamah tersebut, Sanusi berkata perkara terbabit perlu diteliti terlebih dahulu berdasarkan implikasi keputusan itu.

“Saya tak ada keputusan itu. Tengoklah, dia punya kehendak macam mana. Hati saya dengan Tuhan saya. Tuhan saya tak bagi, tetapi ada makhluk bagi. Hati saya tetap dengan Tuhan saya,” katanya.

“Siapa Yang Reda Dengan Mungkar Adalah Mungkar” – Sanusi

Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa pendiriannya itu bukanlah untuk menafikan hak golongan bukan Islam, sebaliknya menyekat perkara yang jelas mungkar dalam sudut syarak.

“Kita tak ada nafi hak apa pun. Tetapi kalau benda mungkar, Tuhan suruh sekat.

“Hati saya dengan Tuhan saya. Saya tak suka (judi), tak boleh dalam Islam. Kalau saya reda dengan mungkar, saya dosa.

“Siapa yang reda dengan mungkar adalah mungkar. Konsep prinsip Islam macam itu. Reda dengan mungkar, mungkarlah. Reda dengan kufur, kufur,” katanya.

Sanusi Dakwa Ramai Umat Islam Masuk Premis Judi Tanpa Sekatan

Malah dia juga berkata, larangan itu bertujuan untuk menyekat umat Islam daripada terlibat dengan judi dan fokus tidak tertumpu kepada individu bukan beragama Islam.

“Mereka kata orang Melayu, orang Islam tak boleh masuk premis judi. Masalahnya, boleh masuk. Tulis sahaja tidak dibenarkan, tetapi orang masuk. Tak ada sekatan. Itu yang jadi isu.

“Orang Cina, oleh kerana agama dia tak halang main judi, pergilah main. Ikut suka kamu,” katanya.

Tindakan Kerajaan Negeri Tolak Lesen Premis Adalah Luar Dari Bidang Kuasa – Mahkamah Persekutuan

Pada minggu lalu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan kerajaan negeri Kedah untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan yang membatalkan tindakannya menghentikan pengeluaran dan pembaharuan lesen perniagaan bagi pengendali pertaruhan nombor ramalan di negeri itu.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Rhodzariah Bujang turut memerintahkan kerajaan negeri supaya membayar kos RM50,000.

Mahkamah turut memutuskan bahawa isu kawal selia perjudian adalah di bawah undang-undang Persekutuan (Akta Rumah Judi Terbuka 1953).

Tindakan kerajaan negeri menolak lesen premis disifatkan ultra vires (di luar kuasa) dan tidak selaras dengan Perlembagaan.

Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Dedah Ada Individu Promosi Judi & Ah Long Di Bazar Ramadan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Dedah Suami Kerap Transfer Duit Pada Akaun Bank Sama, Ramai Percaya Angkara Judi Online

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Orang Islam Main Kad Daun Terup? Ini Penjelasannya [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved